|
Hari Kekasih bertopengkan kasih sayang
|
|
Posted by Aizen Nizam on 2008/2/13 13:00:03 (2 reads)
|
UCAPAN seperti Happy Valentine’s Day, Will You Be My Valentine serta pemberian hadiah jambangan ros merah, belon berbentuk hati yang tertera I Love You, malah sehingga sanggup bertatu adalah antara sebahagian cara yang popular acap kali tibanya Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada setiap 14 Februari.
Sebagai seorang Muslim, mungkin kita tertanya lagi, mengapa perayaan memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain.
Menurut Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. Adibah Abdul Rahim, setiap bangsa mempunyai perayaan mereka tersendiri.
Perayaan-perayaan ini disambut berdasarkan sebab tertentu, sempena dan matlamat berbeza.
Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatannya. Dalam sebuah hadis, Baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban. (riwayat Bukhari dan Muslim)
“Oleh itu, apabila kita hendak merayakan sesuatu, kita mestilah merayakan perayaan itu berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah. Jadi perayaan Hari Kekasih jelas merupakan acara yang jauh tersasar, bercanggah dan tiada kaitan dengan agama Islam,” katanya.
Pada dasarnya hari ini hanya berdasarkan kepada kepercayaan animisme (kepercayaan bahawa setiap benda ada semangat) yang bersumber daripada paganisme (kepercayaan karut) orang musyrik. Apatah lagi, Hari Kekasih ialah penghormatan kepada seorang paderi Kristian.
Kalau melihat kepada sejarahnya, ia adalah satu budaya kotor, songsang dan mengandungi unsur-unsur negatif.
“Malah ia adalah budaya hidup Barat dengan bertopengkan kasih sayang dan percintaan. Malah tambah membimbangkan, ia boleh membawa kepada kerosakan akidah umat Islam,” tegas Adibah.
Tambahnya, apabila jelas perayaan ini bukan berasaskan Islam, maka Islam melarang umatnya mengikut kepercayaan yang berdasarkan taklid (mengikut sesuatu itu membuta-tuli tanpa mengetahui asal usul, latar belakang dan sejarah budaya itu).
Rasulullah s.a.w. melarang umatnya daripada mengikut tatacara beribadat selain Islam. Contohnya, cara merayakan perayaan yang tidak bersumberkan Islam. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa meniru satu kaum maka ia termasuk dari kaum tersebut.” (Riwayat Tirmizi)
“Ia diperjelaskan lagi dalam kitab karangan Ibnu Taimiyah yang mengatakan, perayaan adalah satu kaedah utama yang membezakan adat dan undang-undang antara satu kaum dengan kaum yang lain.
“ Jadi perayaan adalah amalan yang paling menonjol bagi sesuatu bangsa. Oleh itu, kalau kita bersetuju untuk merayakan perayaan mereka itu, bererti kita bersetuju ke arah perkara kemungkaran dan kekufuran,” tambahnya.
Corak perayaan Hari Kekasih adalah simbol kepada cara hidup golongan bukan Islam. Secara tidak langsung mereka yang merayakannya, seolah-olah mengiyakan dan bersetuju perbuatan-perbuatan keji yang menjadi intipati perayaan tersebut.
“Golongan Muslim yang ikut serta tanpa ada inisiatif untuk menghentikannya juga adalah sebahagian daripada mereka,” kata Adibah.
Kata beliau lagi, hal ini turut ditanggung bagi mereka yang terlibat secara tidak langsung seperti berjual-beli dengan perkara-perkara berkaitannya, mengucapkan selamat, menghadiri program hiburan yang bersempena dengan hari itu. Ia seolah-olah kita turut sama mempromosikan hari tersebut, itu juga adalah perbuatan terlarang.
Firman Allah bermaksud: ...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya. (al-Ma’idah: 2)
Hakikatnya, umat Islam perlu sentiasa diingatkan bahawa jangan mudah terikut sesuatu benda tanpa mengetahui asal usulnya, sejarah dan latar belakang serta terima sewenang-wenangnya tanpa memeriksa unsur kebatilan dan kekufurannya.
Ini dijelaskan dalam surah al-Isra’ ayat 36 bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya.
Sebagai orang Islam, kita mesti berusaha memelihara diri dan iman dan jangan mudah terkesan dengan perang psikologi.
“Saya juga pelik dengan segelintir umat Islam yang masih lagi merayakan dan membanggakan hari tersebut,” jelas beliau.
Namun sikap terikut-ikut ini pernah dinyatakan malah Baginda menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud: “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’
Menjelaskan mengapa perayaan ini tidak boleh disambut oleh umat Islam kata Adibah, Hari Kekasih juga adalah satu bidaah saiiah iaitu bidaah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syariat Islam. Kedua, kita mestilah membezakan diri daripada orang kafir.
Menyambut hari kekasih ini umpamanya kita berperilaku orang kafir. Ia bukan sahaja satu budaya meniru tetapi tanda memberi sokongan. Hukumnya adalah berdosa dan wajib dihindari.
Selain itu, percintaan yang dimaksudkan pada Hari Kekasih ini terlalu umum dan melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang, tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi ia perlu berjalan di bawah payung iman dan takwa.
“Saya tidak melihat ia sebagai satu isu budaya sahaja tetapi ia berkaitan dengan masalah akidah. Apabila kita merayakan Hari Kekasih, ia secara tidak langsung membawa erti yang kita merayakan ritual agama lain. Oleh itu sekiranya kita mempertahankannya juga, ia seolah-oleh kita mempertahankan budaya Barat.
“Orang Melayu akan mula hilang jati diri mereka dan yang paling merbahaya ialah akidah dicemari dengan perbuatan yang bertentangan syarak. Malah mereka yang meraikan hari ini juga menunjukkan, sikap tidak sensitif mereka dengan isu agama,” kata Adibah selagi mana ia melibatkan akidah dan syiar Islam, alasan semangat toleransi, setiakawan atau menghormati orang lain tidak boleh diterima.
Mengakui sikap generasi muda yang mudah terikut-ikut dan taksub dengan budaya Barat, Hari Kekasih mendorong generasi muda ke arah keruntuhan akhlak. Perlakuan mereka itu jelas di luar batasan syariat.
Contohnya, berpesta, pergaulan bebas, minum arak sehingga mabuk malah hingga kepada zina atau menghampiri zina kerana hendak membuktikan cinta.
Menurut Adibah, tanpa disedari kita mendokong agama mereka yang pada hakikatnya terpesong daripada apa yang dipohonkan setiap kali bersolat.
“Tidak ada gunanya kita sering meminta daripada-Nya, sedangkan kita sendiri menempuh jalan sesat itu dengan sukarela,” kata Adibah dalam temu bual di pejabatnya, baru-baru ini.
Persoalannya sekarang, mengapa perlu luahkan cinta pada 14 Februari, sedangkan kita ada 365 hari dalam setahun? Jelas Adibah, ini kerana mereka tidak faham sejarah hari tersebut. Di sinilah peranan ibu bapa, ahli akademik, pendidik, media massa untuk memberi penjelasan terutamanya pada peringkat awal.
“Barat suka mempromosikan hari-hari khas tertentu seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya kerana nilai-nilai dalam sistem kekeluargaan mereka sudah teruk.
Sedangkan di dalam Islam, menjadi kewajipan setiap individu untuk menghargai ibu bapa dan orang yang mereka kasihi. Hakikatnya konsep kasih sayang di dalam Islam adalah lebih komprehensif,” jelasnya.
Bercinta menurut perspektif Islam adalah tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia. Memanglah diakui semua orang mahu dicintai dan mencintai tetapi persoalannya perasaan cinta itu perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan Allah.
Ini kerana matlamat cinta ialah untuk menyelamat, mententeram dan membahagiakan manusia. Jadi meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak seperti perkahwinan.
Kata Adibah, penularan sambutan Hari Kekasih adalah impak daripada globalisasi dan fahaman sekular.
Di dalam Islam ada tiga kategori cinta iaitu; Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada manusia dan cinta kepada harta duniawi. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah dan Rasul, manakala cinta kepada manusia dan harta duniawi adalah ujian Allah untuk menentukan tingkat keimanan dan ketakwaan. Ia tidak kekal dan bergantung kepada keadaan.
Oleh itu, sebaik-baiknya sebagai seorang Muslim, tidak perlulah terikut-ikut dengan sambutan Hari Kekasih yang dibawa orang Kristian.
Di dalam Islam, kita dibenarkan mencintai sesiapa sahaja asalkan perasaan cinta itu dibina atas dasar cinta kerana Allah. Ini kerana Allah yang mencipta insan yang kita sayangi dan kasihi. Oleh itu kecintaan kepada manusia sepatutnya menjadi satu wadah untuk mendapatkan keredaan Allah.
Bagaimana kita hendak mencintai seseorang kerana Allah? Pertama kata Adibah, kita kena sentiasa mendahului kehendak Allah sebelum kita penuhi kehendak individu yang kita cintai. Kedua, cinta kepada manusia mestilah berlandaskan kepada syariat dan ajaran Islam. Jangan sampai terleka dan melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Contohnya membuktikan cinta sehingga sanggup melakukan zina.
Yang ketiga, keimanan kepada Allah mendahului segala keinginan duniawi dan keempat, cinta suci seharusnya dilandaskan dengan akhlak dan keperibadian Islam. Ia bermaksud, cinta tidak boleh berlandaskan keinginan nafsu semata-mata.
Oleh: ZUARIDA MOHYIN http://www.halimisaidi.com/nora_v2/index.php?option=com_content&task=view&id=69
P/S: Saban tahun isu ni timbul.. moga jadi pengajaran dan pedoman..
|
|
|
|
XPDC reunite?
|
|
Posted by Aizen Nizam on 2008/2/6 22:06:32 (7 reads)
|
Penyatuan semula XPDC merupakan sesuatu yang tidak di sangka dari sesiapapun di dalam industri muzik tempatan.
Untuk mengisytiharkan penyatuan semula ataupun “reunion” anggota asal band hebat ini yang telah memulakan perjalanan seni mereka sejak sekolah lagi, XPDC melancarkan kompilasi lagu-lagu paling terkenal mereka dalam bentuk set cakera padat dwi-CD berjudul “Rock Union”, yang mengandungi dua buah karya metal yang baru.
Karat? Pada GUA secara jujur, pada petang yang dikelami hujan lebat yang garang, kelihatan perhimpunan line-up ori kumpulan rock gergasi ini seperti tidak bermaya dengan persembahan yang sedikit kaku. Ada yang mengatakan bahawa aura mereka di atas pentas kurang menyengat berbanding dahulu dan kedengaran sentuhan mereka sedikit karat.
Mungkin juga XPDC gementar ataupun persembahan khas untuk media di markas Hard Rock Café hari itu hanya sekadar “warm-up” sahaja.
Tetapi di antara peminat dan pemerhati XPDC, tentu ramai yang setuju bahawa Mael, Izo, Zuar dan Amy tidak perlu merasa begitu, kerana mereka tetap di kalangan band-band tanahair ternama yang telah mencipta sejarah dengan sound yang unik dan jumlah jualan yang tinggi.
“Sekarang kami dah bersatu semula, jadi kami nak buat betul-betul lah. Kami sejak sekolah lagi berempat, jadi kamu bayangkanlah. Promosi kami untuk projek-projek XPDC yang mula dari sekarang tidak berbeza dengan dulu, tetap akan menyentuh ke akar umbi,” jelas Zuar pada rakan-rakan wartawan dan peminat lama yang hadir pada petang itu.
Potensi Gegaran Untuk merealisasikan kemunculan kembali kumpulan XPDC, dua syarikat rakaman besar, EMI Malaysia dan juga Life Rekod, telah bergabung tenaga untuk memenuhi perjanjian dua album studio penuh.
Arzmy Mohd, orang kuat EMI berpendapat bahawa industri muzik tempatan sekarang tidak rugi jika ada yang memeriahkan dan mengibarkan lagi semangat dan keseronokan lama.
“Kita cuba ambik yang jernih, dan buang yang keruh. Cuba fikirkan yang positif saja di sini,” seru Arzmy optimistic.
Mahmud, wakil dari Life Rekod pula berkata: “Mungkin ini masa untuk mengembalikan zaman kegemilangan jualan beratus ribu XPDC 10 tahun lepas.”
Mereka berdua bersetuju tidak mustahil jika jualan mencecah dua hingga tiga juta.
Kata Arzmy: “Insya Allah, jika XPDC kekal dengan sound mereka, style dan bunyi-bunyi mereka yang peminat sudah lama kenal, dengan sedikit kematangan dan evolusi pada style mereka, jadilah fenomena XPDC itu semula, mudah-mudahan.”
“Kami terharu kerana walaupun penyatuan semula mereka atas dorongan kami, gabungan line-up asal ini di atas kehendak XPDC sendiri,” tambah Mahmud.
Menyentuh lagi fasal kembalinya XPDC, ia merupakan antara impian arwah JS Kevin, mentor dan svengali kumpulan mereka sejak awal lagi.
Arwah JS Kevin merupakan orang kuat kreatif XPDC pada zaman kegemilangan band ini, menyumbangkan lagu-lagu terpenting mereka dari “Impian Seroja” ke “C.I.N.T.A.” dan “Cinta Kenangan Silam” hinggalah ke “Lain Hidup”, “Titian Perjalanan”, “Bahalol” malah juga dua lagu baru itu, “Curahan Rasa” dan “Menentang Arus”.
“Detik ini cukup bersejarah, kerana penantian untuk mereka bersatu kembali sudah lama ada ura-uranya,” kongsi Mahmud.
|
|
|
|
Rahsia Menambat Hati Perempuan
|
|
Posted by . on 2007/8/3 12:12:21 (8 reads)
|
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat ’surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!.
Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ’sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
|
|
|
|
Erti Persahabatan
|
|
Posted by . on 2007/7/2 19:40:57 (19 reads)
|
Nabi Muhamad s.a.w rasul kita yang tercinta ada bersabda dalam hadisnya
“ Contoh teman yang baik dan sebaliknya adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Maka untuk penjual minyak wangi samada dia akan memberi sebahagian minyak wanginya kepada kamu atau kamu membeli daripadanya atau sekurang-kurangnya kamu dapat menikmati bau yang menyenangkan daripadanya. Manakala tukang besi pula samada dia akan membakar pakaian kamu atau kamu sendiri akan mendapat bau yang tidak menyenangkan daripadanya”
Sebagai permulaan, ketahuilah bahawa tanpa kita sedari nilai persahabatan itu sendiri semakin hilang nilainya dalam dunia kita sendiri.Buktinya, lihat maksud friendship antara dua zaman berbeza ini:
friend n. 1. A person whom one knows, likes, and trusts. 2. A person whom one knows; an acquaintance. Terjemahan daripada dictionary.com, 2000 A.D.
friendship n. the highest degree of intimacy. Terjemahan daripada Samuel Johnsonís Dictionary of the English Language, 1755 A.D.
Maka dalam dunia yang semakin hilang ertinya ini, apabila semakin ramai manusia menuju kearah individualisme dan negara yang semakin menyanjung semangat kapitalisma. Tidak hairan manusia semakin tidak mengendahkan teman yang ada disisinya.
Manusia tidak pernah lari daripada kesilapan. Serupa mana pun kita tetap punyai perbezaan. Hatta, kembar siam pun masih ada yang berlainan. Maka apabila kita bersahabat, walau macam mana kita teliti dan berhati-hati untuk mengelakkan perselisihan faham , perkara tersebut pasti akan berlaku. Daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar konflik, setiap insan mempunyai persepsi berbeza terhadap sesuatu perkara.
Melalui dugaan yang kita lalui, ketika inilah nilai sebuah persahabatan itu boleh dilihat. Sejauh mana setiap kita menghargai persahabatan yang kita ada, bergantung kepada sehebat mana setiap daripada kita mengambil inisiatif untuk memperbaikinya semula.
Namun begitu, Nauzubillah. Sememangnya kalau boleh pastinya kita mahu mengelakkan konflik. Maka amalkan adab ketika bersahabat
1. Jangan bertengkar dengan sahabat 2. Elakkan perselisihan faham antara sahabat 3. Jangan perlecahkan sahabat 4. Jangan menganggap sahabat kita lebih rendah darjat daripada kita 5. Jangan mempermainkan sahabat 6. Jangan kita memperkatakan sesuatu yang tidak disukai oleh sahabat kita 7. Jaga dan mempertahankan maruah sahabat kita 8. Hormati sahabat kita 9. Jangan lakukan perkara yang tidak disukai sahabat kita 10. Jangan menyebarkan perkara buruk tentang sahabat kita 11. Memaafkan kesilapannya
Senarainya berterusan tetapi inilah antara yang dipelajari.
Hakikatnya sahabat yang baik, setiap kali memulakan perkenalan, setiap itulah jantung akan berdebar takut-takut dugaan yang mendatang merosakkan apa yang telah ada sekarang. Setiap kali itulah kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa agar ikatan ini berkekalan. Apabila sampai masanya, tatkala datang dugaan dan lebih melegakan apabila persahabatan itu masih kekal selepas itu, maka dialah sahabat yang makin dihormati, makin disayangi dan makin dihargai.
Persahabatan itu umpama kita menjumpai sesuatu yang amat berharga, kita jaganya dengan penuh kesederhanaan (tidak melampau dan tidak pula terlalu mengabaikan) kemudian sampai masa kita lepaskan dan sekiranya ia datang semula, makalah itulah yang kita cari-cari sebenarnya.
Allah berfirman dalam Surah Al Zukhruf ayat ke 67 yang bermaksud
“Teman-teman akrab pada Hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa”
Ditafsirkan pula oleh Hafidh Ibn Katheer, mengaitkan ayat ini dengan cerita yang disampaikan oleh Ali bin Abi Talib (r.a):
Tersebut satu cerita, 2 kenalan bersahabat kerana Allah dan salah seorang daripadanya meninggal dunia dan diberikan berita gembira bahawa dia bakal dikurniakan al-Jannah, maka dia teringatkan sahabatnya dan memohon pada Allah
“Ya Allah sahabatku sentiasa mengingatkanku untuk mematuhi Mu and Rasul Mu and menyarankanku agar berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran dan dia memberitahu yang aku akan menemui Mu. Ya Allah janganlah kau biarkan dia sesat dan tersasar sehingga kau tunjukkan kepadanya apa Engkau tunjukkan pada ku dan sehingga Engkau berpuas hati kepadanya sebagaimana Engkau berpuas hati kepadaku”
Maka dia pun diberitahu oleh Allah
“Kalau kamu tahu apa yang (tertulis) untuk sahabatmu, kamu akan ketawa dengan banyaknya dan sedikit sahaja menangis”
Maka apabila sahabat yang satu lagi meninggal dunia, kedua-dua roh ditemukan maka setiap daripada mereka berkata
“Engkaulah saudara, teman dan sahabat yang terbaik”
Lain pula apabila dua kenalan yang mengingkari Allah bersahabat, apabila salah seorang daripada mereka mati, dia akan memohon Allah agar tidak memberikan petunjuk kepada kawannya supaya nasib mereka serupa. Maka apabila kawan yang satu lagi meninggal dunia dan roh mereka dipertemukan, maka berkata mereka antara satu sama lain
“Engkaulah saudara, teman dan sahabat yang paling teruk”
Rasullah s.a.w juga pernah menunjukkan betapa mulianya persahabatan, bagaimana ketika Zaid ibn Harithah syahid dalam peperangan Mu’tah. Rasullah berkata
“ Zaid berjaya dalam jalan Allah seperti yang sepatutnya layak diterima olehnya”.
Anak perempuan Zaid menjumpai Rasullah bersedih melihat mayat Zaid dan bertanya
“ Apakah yang aku lihat?”
Maka Rasullah menjawab dengan linangan air mata
“Seorang sahabat bersedih ke atas sahabat yang lain”
Maka, bersahabatlah kerana Allah, pada landasan dan garis panduan Islam. Jaminan persahabatan kerana Allah lebih syahdu daripada cerita-cerita romantik tipikal yang berlambak di pawagam, lebih suci daripada cinta yang kononnya ‘sejati’ yang kerap kali diuar-uarkan, lebih indah daripada perhubungan yang didasarkan pada harta benda, bunga-bunga ros yang pastinya layu malah lebih bermakna daripada kata-kata puitis cinta.
Kalau kurang yakin. Lihatlah sendiri:
‘Kalau mendengar kisah cinta tak tearah, hati kita jadi lemah, hati kita rasa mual tetapi kalau mendengar pertalian atas dasar Allah semangat kita tambah berkobar-kobar, usaha kita bertambah kuat, keyakinan kita tambah utuh’
Cuba dan Alami sendiri
|
|
|
|
Contractor Pleads Guilty To Murder
|
|
Posted by ally on 2007/6/27 9:29:42 (1 reads)
|
Bandar Seri Begawan - Money, love, drugs, drinks and violence featured in the trial of a businessman here accused of murdering his wife.
The man, Liew Say Koo, a 45-year-old contractor, initially faced the murder charge for the killing in a hotel room on July 12 last year, the penalty for which upon conviction is death by hanging. His wife Wong Ai Na, 26, died after a night of quarrel and violence, the court heard.
But the murder charge against Liew was reduced yesterday before Justice Dato Steven Chong in the Brunei High Court to that of culpable homicide, which carries a maximum sentence of five years.
Liew had been in police remand ever since the killing. He pleaded guilty to the lesser charge yesterday.
He said that he loved his wife and tried to reform her drug and drink habits and there was no reason for him to kill her. And he had also given her money, lots of it.
A statement of agreed facts tendered in court said that the deceased was the defendant's third wife. She was a Malaysian national and she lived in Limbang. She arrived in Brunei on July 9, 2006 and stayed at a hotel with the defendant.
On July 11, 2006, they checked out from the hotel and checked in to a different hotel in the capital. They stayed at Room No. 304.
On July 12 at about 10pm, one of the defendant's friends, Mr Chung Yung Woei had received a call from the defendant. The defendant stated that he had a fight with the deceased and that he had slapped her. The defendant also asked Mr Chung to call an ambulance. After a while; the defendant called Mr Chung again to ask why the ambulance was taking such a long time and he was told that it was on its way.
Mr Chung called the ambulance at about 11pm. Paramedics Hjh Rosni, Seri Diana and Eleme rushed to a different hotel but later saw the defendant standing downstairs and directing them to the hotel where he was staying. The defendant directed the paramedics through the front lobby and into the lift. In the lift the defendant said that his wife had probably died and that they had fought between 6 and 7pm. Upon arrival on the 3rd floor, the defendant led them to his room and opened the door using a key card.
The paramedics saw the deceased laying face up on the bed and showing no signs of life. One of the paramedics then informed the receptionist and asked them to call the police. Shortly later, the police personnel arrived.
The defendant informed the police that he and his wife had quarreled over a letter concerning a police report filed by the deceased at a Kuching police station. The defendant subsequently handed the letter, to PC 3981 Faizal Rizal P D Mohammad.
During police investigations, the defendant said that he had a fight with the deceased and admitted to punching and kicking her all over her body. He stated that he used his hands to slap and punch her head and face and that he used his legs to kick the deceased's legs and body. Although he admitted to causing his wife's death, he did not intend to do so.
A post mortem on the deceased was conducted by Dr P U Telesinghe, Specialist Pathologist at the RIPAS Hospital. The doctor noted 163 external injuries on the deceased.
In his medical opinion, "the causes of death are due to `sub dural haemorrhage following an #Ops!!!#ault and or subarachnoid haemorrhage'. She also had multiple contusions on the body".
The defendant admitted that although he did not intend to cause the death of his wife, his rash act in punching and kicking the deceased all over had caused her death.
The defendant surrendered himself to the police voluntarily and ever since his arrest on July 12, he had given his full cooperation.
The defendant has no previous convictions.
During the hearing yesterday, the Public Prosecutor, represented by DPP Suriana Radin and DPP Farhana preferred an alternative charge against Liew which carries a maximum sentence of five years. The charge was read to Liew and he pleaded guilty.
After the plea of guilty, DPP Suriana read out the Statement of Agreed Facts. Liew was represented by lawyers Mr Dalit Singh Sandhu and Mr Vincent Joseph.
In mitigation, Mr Sandhu cited that the principle of sentencing involved deterrence and reformation. The lengthy affidavit of Liew Say Koo was read out in court in which he said that he truly loved his wife although she had problems with illicit drugs. He spent a lot of money and never gave up in helping her to change. He supported her financially by giving her a monthly allowance of B$2,500 and also a car. He even paid for her school fees to study a course in a private college in Brunei.
Liew said that despite being together for a few years, they had no children and he spent B$30,000 for an In Vitro Fertilisation procedure at Jerudong Park Medical Centre and a son was born to them.
Liew said that his wife had a violent temper and most of the arguments between them were about him not spending enough time with her or about her going out with friends or that she had not given up her habit of taking drugs.
On the day of the incident, in the morning Liew and his wife had sexual intercourse. She insisted that he make love to her again but he was too tired. He left the hotel to attend to his business.
Later that day, he received a telephone call from someone to say that there was a report in a Chinese newspaper in Sarawak that six men had molested a 26-year-old woman from Limbang, Sarawak. Liew decided to return to the hotel to see his wife about this report.
Mr Sandhu read out the newspaper report in which it was stated that a beautiful woman aged 26, who got lost while driving in Kuching, sought directions from six men which resulted in them outraging her modesty and was nearly raped. The newspaper report said that the woman wore a short skirt and sexy clothes which had easily "seduced" the men.
When Liew went to the hotel room, his wife was sleeping. He looked into his wife's handbag and found the police report. He confronted his wife and a heated argument ensued.
They swore at each other which ended up in a fight in which the deceased managed to grab his genitals resulting in Liew hitting her and jumping with pain.
Then she scoured through her handbag and wanted to take something to sniff. A struggle ensued in the bathroom and she fell. Liew managed to flush the drugs down the toilet.
After that both rested and made up by taking a shower together, then the deceased lay in bed and watched TV while Liew made phone calls attending to his business.
When it was time for dinner, he tried waking her up but she did not move. He called the ambulance and the police. He rushed down to the lobby of the hotel for the ambulance and when the ambulance went to a different hotel, he ran after the ambulance re-directing it to the hotel. By the time the paramedics arrived, she was dead. He was arrested. Mr Sandhu informed the court that Liew cooperated with the police and mad( three statements, admitting to what happened When the family engaged the lawyers on July 24 2006, they asked for a post-mortem to be done but the body of the deceased was already released to the family and she was buried on July 17,.
The issue before the court was the 163 bruise; found on the deceased by the pathologist, D. Telesinghe.
He was called to court in the afternoon. In at answer to Mr Sandhu's question, Mr Telesinghe said that it was not possible for him to say which bruises were the result of the incident of molest it Kuching and which were due to the fight between the parties on July 12. Mr Telesinghe further added that the deceased had consumed alcohol to the point of 75.6 mg/ml out of 100 mg/ml and this resulted it the dilation of her veins. If there was a rupture o the veins, the bleeding could not be stopped easily
Mr Sandhu informed the court that Liew had apologised to the mother of the deceased and had made an offer of compensation. In the affidavit o Liew, he made an offer of B$150,000 it compensation to the family of the deceased.
The court heard several testimonials from prominent people in Brunei, all saying that Liew is a good-hearted, generous, and soft-spoken and a hones person. These people have written to vouch for the fact that what happened was out of character of Liew and asked for a lenient sentence.
The hearing continues as DPP has indicated t< the court that she wants to cross-examine Liew of the contents of his affidavit. -- Courtesy of Borneo Bulletin
|
|
|